^_^

" in order to be successful, 
you must be interested in finding the best way, 
not having your own way " 
- John Wooden -

..

The Right to LEAD


Assalamualaikum.. Just want to share with all of you out there.


The Right To Lead by John C Maxwell
A Study in Character and Courage

This book has 7 sections :
1 = ACTION
2 = VISION
3 = SACRIFICE
4 = RISK
5 = DETERMINATION
6 = SERVICE
7 = INTEGRITY

A simple but great book. You should read this book. 

' integrity without knowledge is weak and useless, 
and knowledge without integrity is dangerous and dreadful '
- Samuel Johnson -

Happy Birthday


Selamat ulangtahun kelahiran
Happy birthday
Sanah helwa
Shengri kuaile
Piranthanal valthukal
Tanjoubi omedetto....

Sinar Iman and the others who share the same DOB

17th July


May ALLAH bless us and ease everthing for us...

Strive for the best, try your best...and soon u will have no regret..

Pain is the payment for each precious thing...so, Don't give up

Tempuhi hari-hari mendatang dengan tabah...

Susah DuLu



Berakit-rakit ke hulu.
Berenang-renang ke tepian,
Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang kemudian. 


Biasa sangat dengar pantun ni.. Memang biasa. Dah selalu sangat. Dah lama. Dari zaman sekolah lagi.

Ringkas tapi padat. Jom sama-sama hayati dan praktikkan maksud tersirat dalam pantun di atas.

Memang bermanfaat. Insya-ALLAH..

Boleh juga kita hayati lagu kat bawah ni..



Judul : Kehidupan
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team


Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan



Dah Dekat

Hari ni 12 Julai 2011 / 11 Sya'ban 1432H..


Tak lama lagi Ramadhan menjelma.. Setahun sekali je..

Sama-sama kita berdoa moga dipertemukan dengan Ramadhan kali ini.

Hayati lagu ni ye





Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali
Ya Ramadhan...

Keindahan yang tiada tara
Kemuliaanya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan...

Rindu aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan
Ramadhan Ya Ramadhan

Ya Allah tolong sampaikan
Hajatku untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran

SemoGa

9 Julai 2011 - BERSIH 2.0

Sebelum tarikh kejadian, ramai rakan-rakan FB update status berkenaan BERSIH 2.0.

Semasa hari kejadian, lagi lah ramai.

Selepas hari kejadian masih ada juga sehingga ke hari ini.

Ada yang setuju, ada yang tak setuju, ada juga yang tak ambil tahu dan ada yang tak nak ambil tahu.

Ya, anda berhak menulis apa-apa yang anda mahu di FB account anda.

Kebanyakannya saya baca. 

Tetapi, saya tak berapa nak berkenan (tiru ayat rakan baik sy yang berasal dari Kedah..hehe), ada yang menulis berkenaan peristiwa ini dikaitkannya dengan takdir. Saya amat tak setuju cara dia tulis tu.
Dah beri peringatan sikit. Moga-moga dia memikirkan semula apa yang dia tulis tu. Cuba kaji, belajar dan faham.

Semoga ALLAH kurniakan kefahaman kepada dia.

Berharap padaNya

Lama tak menulis. Sebelum ini sekadar tulis kata-kata je. Yang pendek-pendek. Tapi, harap-harap bermanfaat untuk kita semua.




Kali ini nak menulis tentang peperiksaan. Bila sebut peperiksaan, mestilah yang kita lalui di sekolah, universiti atau mana-mana pusat pengajian. Kat tempat kerja pun ada exam juga.


Sem 3, 2010/2011 dah seminggu berlalu. Hari terakhir 4 Julai..


Dari sekolah sampai sekarang, dah macam-macam jenis peperiksaan dilalui. Bila nak exam mesti nervous. Kalau kat sekolah dulu, exam yang buat jadi nervous ni,exam-exam besar mcm PMR, SPM, STAM (ni yang dilalui oleh penulis). Kalau setakat exam pertengahan tahun, exam akhir tahun dan ujian-ujian biasa tu tak ada la nervous sgt.. Boleh relax je.. =)


Itu zaman sekolah. Bila dah masuk U ni, even test-test biasa pun nervous nye kuat, mana tak nye, semua markah diambil kira.. Sangat nervous, tapi kawan-kawan cakap muka ni sangat tenang dan relax,macam tak ada exam. Itu mungkin dari segi luaran, dalam hati hanya ALLAH je yang tau.


Memang berbeza dulu dan sekarang.. Lain orang lain rasanya, lain pengalamannya.


Apa yang nak dinyatakan di sini, apa-apa pun kita kena buat persediaan, usaha, doa, tawakal. Tiada yang lain selain DIA untuk kita mohon pertolongan, hanya padaNya kita berharap, DIA lah yang PENCIPTA kita, yang memberi nikmat yang tak terkira dan tak mampu dibayar oleh sesiapa.


Kat sini saya kongsikan SURAH AL FATIHAH serta terjemahan untuk manfaat bersama..






Kepada rakan-rakan yang sedang menanti result exam yang lalu seperti penulis, moga ALLAH kurniakan kita kejayaan. Hanya kepadaNya kita berharap. 


Kepada yang sedang atau akan menempuh exam di mana-mana sahaja anda berada, moga ALLAH permudahkan.. 




Teruskan belajar, sehingga ke akhir hayat. May ALLAH ease everything for us...

Jangan takut pada kritikan, kerana ianya menggerakkan kita ke arah perubahan..

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.