Muqaddimah @ Pendahuluan



Less than a month! 

Meniti hari-hari terakhir sebagai pelajar undergraduate di Taman Ilmu dan Budi. (tiru ayat Matluthfi ni ^_^)
Sungguh, tempat ini memang taman ilmu dan budi sekalipun punya insan yang mengambil tindakan seperti ingin merosakkan taman ilmu ini. Melalui masa-masa kecederaan ini, makin banyak perkara baru yang dipelajari. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat yang tidak terperi. Sungguh ilmuMu sangat luas tidak tergapai. Kurniakan kami dengan peluang untuk terus menggali ilmu.

Ok, back to the topic!

Muqaddimah, pendahuluan atau apa sahaja nama yang diberi untuk perkara pertama yang wajib ada untuk setiap buku, karya ilmiah dan lain-lain. Ia sangat penting. Sila baca sebelum anda memulakan pembacaan sepenuhnya.

Seingat SI, insan pertama yang memberitahu kepentingan Pendahuluan sebuah buku (ya fokus di sini ialah buku) ialah ummi. Beliau tidak akan memulakan bacaan penuh sesebuah buku tanpa membaca pendahuluannya. Selepas itu, untuk tempoh yang lama tidak muncul seorang insan pun yang mengingatkan kepentingan perkara ini. Maha suci Allah, dalam semester akhir ini perkara ini kembali diingatkan. Ustaz Adlan yang dijemput untuk program "Jom Talaqqi Hadith 40" mengatakan bahawa tidak boleh tidak kita perlu membaca pendahuluan kitab untuk mengetahui isi kandungannya, cara penulisan penulis, istilah-istilah penulis yang berbeza dengan penulis lain dan banyak lagi. Terbaru, dalam program "Grand Talaqqi" bersama Sheikh Usamah Al Azhari, beliau menyatakan perkara yang sama. 

Alhamdulillah, untuk pengajian undergraduate level ini, ramai juga pensyarah memberi tugasan book review. Ini memberi pengalaman dan peluang untuk mengenali buku-buku penting yang berkaitan dengan ilmu tafsir  dan hadith khususnya. Pembacaan pendahuluan buku membuatkan kita mengenali penulis, cara penulisannya, fokus penulisannya dan banyak lagi.

Kesimpulannya, jom didik diri untuk membaca pendahuluan buku sebelum kita terjah isinya agar pembacaan lebih mendatangkan kefahaman yang menyeluruh.

~Sekadar pandangan~

p/s : hari demi hari dihitung menuju 05052013. Moga Allah berikan yang terbaik.

Note to Self

Long time no see!
for a long time I didn't get a chance to write or post anything here, oh my, can you be a writer? A long way to walk.
blogger.com have a new look, that's a proof.
Just taking a short time to share this


via Tumblr

p/s : waiting for announcement of exact date for Malaysia's 13th GE

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.