Kita berbeza

Assalamualaikum.

Hari ini membuat keputusan untuk menukar alamat blog ini. Setelah sekian lama dengan katarasmile. Nama itu ada kisah tersendiri. Itu nama yang tidak matang rasanya untuk digunakan sekarang. Ya lah, nama itu didaftarkan pada tahun 2009 seawal kemasukan ke alam universiti. Blog juga dibuat atas cadangan beberapa orang teman.

Lama sungguh tidak menulis. Ya, meskipun tulisan terakhir di blog ini pada 1 November lalu, saya tetap merasakan itu satu tempoh yang lama. Tetapi tidak sedikit pun terdetik di hati untuk menutup akaun blogspot ini. Masih ada manfaat yang boleh digali.

Sejak kebelakangan ini ramai teman-teman berkongsi kerenah pelanggan masing-masing. Maklumlah makin ramai yang terjun ke bidang perniagaan secara online mahu pun offline. Itu perkara biasa. Urusan seharian kita juga melibatkan pelbagai pihak, sudah tentu pelbagai ragam dan kerenah manusia yang kita temui setiap hari. Bukankah manusia itu diciptakan berbeza-beza?

Sebagai peniaga kita tidak perlu risau dengan pesaing-pesaing. Kita tidak perlu bimbang. Rezeki itu kurniaan Allah Yang Maha Pemurah, Dia Ar-Razzaq,. Yakinlah kita pada Allah dengan sepenuh hati. Coach-coach juga ramai yang berpesan begitu.

Berbalik kepada ragam dan kerenah pelanggan tadi. Sebagai peniaga kita tidak kisah jika pelanggan dapat tawar harga dengan peniaga lain sehingga dia dapat harga murah, itu tidak menjadi masalah. Anda berhak untuk membeli dengan peniaga lain. Cuma diharapkan rasa hormat pada perasaan kami, cukup buat kami jika anda menyatakan bahawa anda tidak mahu membeli produk itu. Tidak perlu beritahu yang anda berjaya tawar harga dengan orang lain sehingga harga yang paling rendah. Ada juga rakan yang berkongsi pelanggannya bertanya dari mana dia dapatkan barang jualan, boleh la dia beli dari situ untuk dapat harga yang lebih murah dan macam-maca lagi kerenah yang ada.


Kepada para peniaga (ya, saya juga seorang peniaga), jangan cepat melatah. Bersabarlah, tiada yang mudah dalam perjalanan untuk kita menggapai kejayaan. Just let it go. Perkara-perkara kecil seperti ini tidak perlu dibesarkan. Teruskan usaha memberi khidmat terbaik kepada yang memerlukan khidmat kita.






Ah, serius pulak coretan kali ini ^_^






Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.