Assalamualaikum....
Apa khabar? Bagaimana hari anda? Baik?
Tak tahu nak tulis apa, sekadar perkongsian..
1)
Di universiti tempat saya menuntut, jalan raya utama hanya sehala, jadi penunggang motosikal selalu menggunakan jalan pintas untuk mudah, mungkin sebab utama adalah untuk jimat petrol (andaian dari saya yang tidak menggunakan motosikal)
Yang kurang menyenangkan adalah mereka menggunakan laluan pejalan kaki. Ini menyukarkan pejalan kaki sehingga pernah berlaku kemalangan, di mana penunggang motosikal melanggar pejalan kaki dan menyebabkan kecederaan kepada mangsa tersebut.
Pada saya, jika anda menggunakan laluan itu pada waktu malam, mungkin boleh dimaafkan, kerana kurangnya pengguna laluan itu pada waktu berkenaan.
2)
Di hostel saya menginap.
Ampaian baju di hadapan bilik. Sangat mudah nak sidai dan angkat pakaian di jemuran.
Tapi,
Hujan buatan akan menyusahkan penghuni di tingkat 4 dan 3. Sekiranya penghuni di tingkat-tingkat atas anda menyidai pakaian tanpa menunggu ' saki baki air terhenti ' dari pakaian yang dah dibasuh. Perkara ini tak akan berlaku jika semua penghuni membasuh segala pakaian menggunakan mesin. Akan tetapi, majoriti penghuni sangat rajin membasuh pakaian sendiri.
Maka, kejadian yang telah diceritakan di atas sering berlaku. Oleh itu, sila ' toskan air basuhan ' sebelum menyidai pakaian anda di ampaian berkenaan.
Bertimbang rasa lah, anda nak mudah, tapi anda menyusahkan orang lain.
Renung-renungkan....
note: bahasa yang digunakan untuk entri kali ini dirasakan pelik...harap maaf..