Berilah walau sedikit..


"Erti hidup pada memberi" (ini tagline saifulislam.com)


"what you give you get back"


"tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri" (ni lirik lagu, tak ingat tajuk, tapi selalu dengar kat ikimfm)


Banyak lagi kata-kata dan unjuran galakan untuk kita memberi. Memberi itu mungkin dari segi wang, kasih sayang, tenaga dan sebagainya yang mampu kita hulurkan pada insan dan juga makhluk lain seperti kucing.


Ustaz SI, Dr. Radwan suka mengingatkan kami anak muridnya untuk sentiasa bersedekah, sedikit pun tak mengapa. Besar ganjaran buat yang istiqamah dengan amalan sedekah ini, nikmat yang kita dapat mestilah dikongsi bersama orang lain terutamanya mereka yang memerlukan.

Lebih mudah untuk kita di zaman teknologi ini dengan adanya kemudahan seperti machine cash deposit, e banking dan lain-lain. Ummi pesan, "carilah nombor akaun mana-mana rumah anak yatim ke, sekolah tahfiz ke apa-apa je lah, bank in lah sikit, zaman sekarang ni dah mudah nak buat baik".


Jom sama-sama praktikkan. Moga Allah redha.



~Salam Maulidurrasul~




Dua pemergian..

Alhamdulillah..Praise be to Allah..

Tamat sudah semester 1, 2012/2103 dengan paper terakhir pada 13 Jan 2012. Moga Allah beri kejayaan buat kita semua.



11 Jan 2013 / 28 Safar 1434H. (Jumaat)
Seawal pagi menerima berita pemergian seorang sahabat SI. Terkejut, sebak.

Ingin tahu cerita lanjut, lantas membuka FB dan kemudiannya terbaca status update mengenai opah. Opah juga pergi pada hari yang sama.

Macam-macam terlintas di hati dan fikiran saat itu. Something to ponder buat kita yang masih hidup. Death is certain. Setiap yang hidup pasti akan mati. Tak kira muda atau tua, sihat atau sakit, kematian itu pasti akan dilalui. Dunia ini hanya sementara.

Al fatihah buat sahabat SI dan opah. Ya Allah jadikanlah kami golongan yang bertaqwa, jadikanlah kami golongan yang dijanjikan syurgaMu.



Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.