Tamat sudah kelas untuk semester ini.

Moga besar manfaatnya.

Peperiksaan akhir menanti.

Selamat Maju Jaya.

Moga ALLAH permudahkan segala.

p/s : sungguh. bakal merindu.

Pengalaman. Experience

Pengalaman. Experience.
Acap kali kita dengar, pengalaman itu guru yang baik. Experience is the best teacher.
dan pelbagai ungkapan lagi yang menunjukkan tingginya nilai sebuah pengalaman.

Pengalaman. Experience.
diraih dari peristiwa, situasi yang dilalui sendiri oleh kita.
juga diraih dari cerita dan kisah hidup kenalan kita
juga hasil dari pemerhatian kita dengan apa yang berlaku di sekeliling kita

Pengalaman. Experience.
tidak menjadi masalah dari mana, bila, bagaimana ianya diraih
tetapi
jadikan ia sebagai guru sepertimana yang disebut dalam ungkapan yang biasa didengar
menjadi guru kepada kita agar tidak diulangi kesilapan yang sama

Pengalaman. Experience
jom
sama-sama kita raih pengalaman-pengalaman berguna
untuk kebaikan dan manfaat bersama di hari mendatang
jangan lupa
untuk sama-sama berkongsi pengalaman berharga kita dengan orang lain.

Berkongsi yang baik agar semua mendapat yang baik-baik.

nota kaki : sudah lama post SI tanpa sebarang ilustrasi. sukar untuk dimuat naik dengan internet connection yang tidak mengizinkan
Manfaatkan masa-masa terakhir untuk semester ini dengan baik.

Masih banyak yang perlu dikaut dari taman ini.

Moga semua dipermudahkanNya.
PROTAZ Festival sudah melabuhkan tirai semalam dengan IIUM Berselawat.

A million of thanks to all ^_^

Its Tomorrow

IRKHS'S will organize PROTAZ Festival...

This event will start tomorrow.

For more information, please visit PROTAZ Fiesta Blog

Come and join us in each and every programme.


1433H

Memasuki tahun baru Hijri...

1433H.

Jom semak apa yang telah dilakukan sepanjang 1432H.

Ke arah menjana perubahan.

(Hayati lirik lagu ni)


Judul : Hijrah menuju Allah
Album : Devotees


Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

c/o
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu 

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi


**nak share video lagu ni, tapi line internet x mampu nk upload...


KapaL


Ibaratnya seperti berkelana dengan kapal,

seorang nakhoda bersama kelasi-kelasi, tukang masak dan lain-lain,

semuanya perlu melaksanakan tugas dan peranan masing-masing, 

saling bantu-membantu,

saling memudahkan,

saling memahami,

bersama tika susah dan senang,

agar perjalanan itu selamat dan lancar.

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.