AidilAdha

Alhamdulillah..
Praise be to Allah the Creator for uncountable ni'mah. It has been almost four months since I finished my undergraduate studies.. Alhamdulillah,thank you Allah.. Now waiting for the convocation ceremony,hope everything will be good..

After a long time I've been away from this tiny blog, I want to write something here..

Here we go, a short dialogue reconstructed by me from a real story.. :-)

A : Assalamualaikum.. Nak buat korban tak tahun ni?
B : Waalaikumussalam.. Insyaallah,ni tempat yang sama macam kita buat tahun lepas la kan?
A : Haah..
B : Ni kambing ke lembu?
A : Kambing
B : Berapa bahagian ni?
A : Ni kambing la, jadi satu bahagian je :-)
B : Eh,haha.. Ingat kan boleh kongsi bahagian..
A : Lembu boleh la.. Kambing ni kalau besar macam lembu satu bahagian jugak :-D
B : Oh..hihihi

Nota kaki : Untuk korban,kambing satu bahagian je. Lembu boleh kongsi tujuh bahagian.

Salam AidilAdha.. Jom puasa 9 Zulhijjah bagi yang berkesempatan ;-)

(credit photo zmanja-sweetsmiles.blogspot.com)

Noorah

Alhamdulillah..
Tamat juga pembacaan buku ini..
Melayari hidup seorang wanita tabah bernama Noorah.
Sungguh beliau patut dijadikan inspirasi.
Dalam mengharungi hidupnya,beliau sentiasa mahu membantu orang lain.
Keyakinan terhadap Allah amat tinggi.. Inilah yang patut kita contohi..
Moga Allah berkati hidup kita semua..

Salam Ramadhan.. Moga sasaran untuk bulan mulia ini tercapai..

Allahu Akram

Final semester

Tamat sudah kelas untuk semester akhir di taman ilmu dan budi sebagai pelajar undergraduate.

Peperiksaan akhir semakin hampir.
Moga kejayaan menanti buat semua.
Usaha,doa & tawakkal.
Yakin dengan pertolongan Allah. Hanya padaNya kita bergantung harap,di saat susah mahupun senang.

Sesibuk mana pun kita,ingatlah hubungan dengan Pencipta jangan diabaikan.

Kami mohon redhaMu ya Allah

PRU 13


Sudah berakhir PRU 13.
Alhamdulillah, Allah beri peluang mengundi semalam untuk kali yang pertama.
Tenanglah menghadapi kekalahan, teruskan perjuangan. Allah bersama orang-orang yang benar.
Satu pesan kepada yang umurnya sudah menjangkaui 21 tahun tetapi belum mendaftar, daftarkan diri anda agar dapat menjadi pengundi PRU 14. Biiznillah.
Kepada adik-adik yang bakal berumur 21 tahun, apabila tiba masa itu,usah berlengah.
Bersama-sama kita berjuang.
Sekitar DUN Sg Rapat

Muqaddimah @ Pendahuluan



Less than a month! 

Meniti hari-hari terakhir sebagai pelajar undergraduate di Taman Ilmu dan Budi. (tiru ayat Matluthfi ni ^_^)
Sungguh, tempat ini memang taman ilmu dan budi sekalipun punya insan yang mengambil tindakan seperti ingin merosakkan taman ilmu ini. Melalui masa-masa kecederaan ini, makin banyak perkara baru yang dipelajari. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat yang tidak terperi. Sungguh ilmuMu sangat luas tidak tergapai. Kurniakan kami dengan peluang untuk terus menggali ilmu.

Ok, back to the topic!

Muqaddimah, pendahuluan atau apa sahaja nama yang diberi untuk perkara pertama yang wajib ada untuk setiap buku, karya ilmiah dan lain-lain. Ia sangat penting. Sila baca sebelum anda memulakan pembacaan sepenuhnya.

Seingat SI, insan pertama yang memberitahu kepentingan Pendahuluan sebuah buku (ya fokus di sini ialah buku) ialah ummi. Beliau tidak akan memulakan bacaan penuh sesebuah buku tanpa membaca pendahuluannya. Selepas itu, untuk tempoh yang lama tidak muncul seorang insan pun yang mengingatkan kepentingan perkara ini. Maha suci Allah, dalam semester akhir ini perkara ini kembali diingatkan. Ustaz Adlan yang dijemput untuk program "Jom Talaqqi Hadith 40" mengatakan bahawa tidak boleh tidak kita perlu membaca pendahuluan kitab untuk mengetahui isi kandungannya, cara penulisan penulis, istilah-istilah penulis yang berbeza dengan penulis lain dan banyak lagi. Terbaru, dalam program "Grand Talaqqi" bersama Sheikh Usamah Al Azhari, beliau menyatakan perkara yang sama. 

Alhamdulillah, untuk pengajian undergraduate level ini, ramai juga pensyarah memberi tugasan book review. Ini memberi pengalaman dan peluang untuk mengenali buku-buku penting yang berkaitan dengan ilmu tafsir  dan hadith khususnya. Pembacaan pendahuluan buku membuatkan kita mengenali penulis, cara penulisannya, fokus penulisannya dan banyak lagi.

Kesimpulannya, jom didik diri untuk membaca pendahuluan buku sebelum kita terjah isinya agar pembacaan lebih mendatangkan kefahaman yang menyeluruh.

~Sekadar pandangan~

p/s : hari demi hari dihitung menuju 05052013. Moga Allah berikan yang terbaik.

Note to Self

Long time no see!
for a long time I didn't get a chance to write or post anything here, oh my, can you be a writer? A long way to walk.
blogger.com have a new look, that's a proof.
Just taking a short time to share this


via Tumblr

p/s : waiting for announcement of exact date for Malaysia's 13th GE

Tutorial (yang berkaitan bahasa Arab) 2

Lama tak menulis.

Di kesempatan lain insyaAllah.

Kali ini mahu berkongsi tutorial ringkas untuk powerpoint. Bagi pelajar-pelajar yang belajar menggunakan bahasa arab, anda pasti mahukan slide anda bermula dari kanan bagi memudahkan pembacaan setelah slides dicetak sebagai nota.

Option ini ada pada Microsoft Office 2010 tetapi tidak pada microsoft office terdahulu.

slide berada di sebelah kiri

pilih option view > pilih view direction > pilih right to left 
slide sudah berada di sebelah kanan

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.