Tutorial (yang berkaitan bahasa Arab) 2

Lama tak menulis.

Di kesempatan lain insyaAllah.

Kali ini mahu berkongsi tutorial ringkas untuk powerpoint. Bagi pelajar-pelajar yang belajar menggunakan bahasa arab, anda pasti mahukan slide anda bermula dari kanan bagi memudahkan pembacaan setelah slides dicetak sebagai nota.

Option ini ada pada Microsoft Office 2010 tetapi tidak pada microsoft office terdahulu.

slide berada di sebelah kiri

pilih option view > pilih view direction > pilih right to left 
slide sudah berada di sebelah kanan

Berilah walau sedikit..


"Erti hidup pada memberi" (ini tagline saifulislam.com)


"what you give you get back"


"tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri" (ni lirik lagu, tak ingat tajuk, tapi selalu dengar kat ikimfm)


Banyak lagi kata-kata dan unjuran galakan untuk kita memberi. Memberi itu mungkin dari segi wang, kasih sayang, tenaga dan sebagainya yang mampu kita hulurkan pada insan dan juga makhluk lain seperti kucing.


Ustaz SI, Dr. Radwan suka mengingatkan kami anak muridnya untuk sentiasa bersedekah, sedikit pun tak mengapa. Besar ganjaran buat yang istiqamah dengan amalan sedekah ini, nikmat yang kita dapat mestilah dikongsi bersama orang lain terutamanya mereka yang memerlukan.

Lebih mudah untuk kita di zaman teknologi ini dengan adanya kemudahan seperti machine cash deposit, e banking dan lain-lain. Ummi pesan, "carilah nombor akaun mana-mana rumah anak yatim ke, sekolah tahfiz ke apa-apa je lah, bank in lah sikit, zaman sekarang ni dah mudah nak buat baik".


Jom sama-sama praktikkan. Moga Allah redha.



~Salam Maulidurrasul~




Dua pemergian..

Alhamdulillah..Praise be to Allah..

Tamat sudah semester 1, 2012/2103 dengan paper terakhir pada 13 Jan 2012. Moga Allah beri kejayaan buat kita semua.



11 Jan 2013 / 28 Safar 1434H. (Jumaat)
Seawal pagi menerima berita pemergian seorang sahabat SI. Terkejut, sebak.

Ingin tahu cerita lanjut, lantas membuka FB dan kemudiannya terbaca status update mengenai opah. Opah juga pergi pada hari yang sama.

Macam-macam terlintas di hati dan fikiran saat itu. Something to ponder buat kita yang masih hidup. Death is certain. Setiap yang hidup pasti akan mati. Tak kira muda atau tua, sihat atau sakit, kematian itu pasti akan dilalui. Dunia ini hanya sementara.

Al fatihah buat sahabat SI dan opah. Ya Allah jadikanlah kami golongan yang bertaqwa, jadikanlah kami golongan yang dijanjikan syurgaMu.



...menyediakan waktu untuk...kerana...

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,

menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,

menyediakan waktu untuk bekerja kerana bekerja itu adalah nilai keberhasilan,

menyediakan waktu untuk ketawa kerana ketawa itu muziknya jiwa,

menyediakan waktu untuk memberi kerana itu membuatkan hidup terasa bererti,

dan

menyediakan waktu untuk beribadat kerana ia adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
-quoted-

Tutorial (yang berkaitan bahasa Arab)

19 Muharram 1434H / 3 Disember 2012

Minggu-minggu akhir semester, masing-masing berjuang menyiapkan tugasan-tugasan sebelum peperiksaan tiba.

Ini entri perkongsian beberapa tutorial. SI belum punya tutorial sendiri, ini hak cipta orang lain, sekadar berkongsi. Moga bermanfaat.

- Gunakan nombor arabic tanpa insert symbol

-Maktabah Syamilah keluar tulisan pelik? by Muhamad Faiz

-Tidak dapat baca Maktabah Syamilah by Sis Fiza

-Tulisan Arab Windows 7

- Footnote di sebelah kanan by Muhamad Faiz

- Footnote separator di sebelah kanan by Sis Fiza


Satu tutorial untuk powerpoint dari SI sendiri (juga yang berkaitan dengan bahasa Arab) dalam entri akan datang insyaAllah ^_^

***



~ Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah~








Sekali Lagi

Salam Jumaat! 16 Muharram 1434H,




subhanallah, dah dua malam bulan penuh
 Alhamdulillah, diberi kesempatan memanfaatkan pagi Jumaat ini dengan menghadiri meeting seawal jam 9 pagi. Satu perbincangan yang mengasah pemikiran, membuatkan diri untuk terus berfikir serta membawa diri untuk bertindak, bukan sekadar melihat.

Teringat kembali pesan seorang ustaz, didik diri untuk berfikir, jangan biarkan diri berfikir perkara remeh, hanya berfikir apakah baju pilihan yang ingin dipakai esok, warna apa yang menjadi pilihan, makanan apa yang sedap untuk lunch nanti, cafe mana lagi yang belum singgah dan sebagainya.

Allahuakbar. syukur tak terhingga berada di Taman Ilmu dan Budi, menjalani waktu-waktu terakhir as an undergaduate student.

Setiap insan sukakan kebaikan, mahukan yang terbaik, impikan untuk jadi yang terbaik. Ada niat alhamdulillah, tambahkan lagi dengan tindakan. Kadang-kadang terleka, kadang-kadang tersasar tapi jangan biarkan terus hanyut.


You can make a change, it's your choice!

Ya Allah kami mohon keampunan dariMu.


p/s : tajuk hanya melahirkan rasa, coretan SI sekali lagi terlalu random, coretan biasa-biasa dari insan biasa yang ada secebis minat untuk penulisan.


^____^

"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.