My Note #2

Syukur
.
Tak terbilang nikmat yang Allah beri pada kita makhluk yang tak punya apa
.
Lihat saja pada tubuh badan kita dari hujung rambut ke hujung kaki, tak kan bergerak tangan kita andai Allah tak izin, tak boleh melihat mata kita andai Allah tak izin dan begitulah seterusnya
.
Moga Allah rahmati kita semua

My Note #1

"Easier said than done"
.
Some people tend to blurt this out when a nice friend sharing his thought and opinion on some issues or happening
.
Ada sesetengah orang bila diberi nasihat atau pandangan tentang masalah yang dia hadapi dia akan balas 'kau cakap senang la', 'kau tak ada kat tempat aku' dan lain-lain yang senada
.
Ya betul, tapi disebabkan itu bukan masalah dia lah dia boleh beri pandangan dan nasihat yang baik kerana dia dalam keadaan tenang.
He is not in the storm so he can avoid irrational thought and decision
.
Bila tiba masa dia nanti kau pula yang perlu tolong dia, nasihat dia apa yang termampu
.
We help each other,
support each other
happy together,
and pray for each other
.
May Allah bless us all

Monologue

In life
There is no right or wrong
in what you do
in what you choose
in what you think
in what you want
in what you pursue

As long as all are in line with syariah
As long as all are following the Quran
As long as all are following the Sunnah
As long as all are following Allah's command

So
Stop worrying
over what other people think
over what other people say
over how you look in front of others

Start to improve for better
As we are living to please Allah
Not human being
Focus on being positive

May Allah forgive us
May Allah bless us
May Allah accept our good deeds
May Allah guide us all to the straight path
May Allah grant us jannah in hereafter

MANA BAHAGIA KITA?

Buat insan yang mencari bahagia,

Siapa? Kita lah. Semua nak bahagiakan?

Usah kau mimpikan bahagia andai diri jauh dari Allah Maha Kuasa, kerana Dia Maha Pencipta yang mengurniakan bahagia.

Bahagia itu kurnia dariNya, dapatkan bahagia dengan mendekatkan diri denganNya.

InsyaAllah bahagia kita dunia akhirat.
Moga kita tergolong dalam orang yang soleh.
Amin.

CUCUR KELAPA

Assalamualaikum.

Salam maal hijrah.
Salam tahun baru Hijri.

Hi dear bloggie.
Lama tak post apa-apa di sini.
Post terakhir bulan Februari, lama betul bloggie ditinggalkan, tapi tetap diingati.



Hampir tujuh bulan dibiarkan sepi, tiba-tiba datang di awal tahun 1439H dengan entri resepi.
Saja nak share, buat rujukan sendiri di masa hadapan.
Resepi simple je.



Baru juga masak kuih ni di rumah, cik iman bincang dengan ummi apa nak dibuat dengan kelapa parut yang banyak berbaki dalam peti ais.
Maklum la orang sekarang, kelapa parut beli siap senang nak masak nanti, alih-alih sibuk tak sempat nak masak.
Kelapa parut kalau simpan di tempat ais beku tu memang elok je walaupun lama, tapi nak guna santannya tak berapa lemak masakan pula nanti.



Jadi untuk tidak membazir buang begitu saja kita masak cucur kelapa untuk minum petang.



RESEPI CUCUR KELAPA

Bahan-bahan:
Kelapa parut
Tepung gandum
Garam
Gula perang
Air

Kuantiti terpulang pada anda, cik iman agak-agak je semua.
Gula cik iman guna gula perang, terpulang kalau nak guna gula putih.
Cara cik iman tepung kurang daripada kelapa, terpulang citarasa anda.
Gaulkan semua, adunan jangan cair ye.
Goreng, dan siap untuk dimakan.

Makan begitu saja pun sedap, nak lagi sedap makan dengan sambal ikan bilis.

Makanan

Assalamualaikum.

Macam biasa dah lama tinggalkan blog ini tanpa sebarang coretan.

Singgah kembali untuk sedikit perkongsian juga peringatan, untuk diri sendiri khasnya dan sesiapa yang sudi membaca amnya.

Makanan.
Cik iman memang suka makan, masak pula ikut mood, suka juga kongsi gambar makanan.

Setiap hari kita makan untuk teruskan hidup sehari-hari. Kita cari duit supaya boleh belanja untuk makan. Memang makanan itu keperluan kita, bukan?

Manusia perlu kepada dua jenis makanan, makanan untuk jasmani dan rohani. Yang pertama jarang dilupa, yang kedua ada yang lupa. Kedua-duanya sama penting untuk kita. Kita perlu yang pertama supaya boleh gigih untuk yang kedua.

Adakah kedua-duanya sama cukup kita sedia dan ambil?
Yang pertama kadang-kadang berlebihan, yang kedua selalu kekurangan, ini saya. Anda bagaimana?

Salah satu matlamat yang perlu kita usahakan dari hari ke hari semestinya menambah makanan rohani kita.

Ayuh, beringat dan terus berusaha.

Kiamat

Kiamat itu pasti tiba.
Tak tahu bila waktunya.
Tapi sungguh hampir terasa, tanda-tanda pun dah muncul jua.

Kita buka Al-Quran banyak sungguh ayat-ayat tentangnya, 
dengan berbagai nama.

Maka apa lagi yang kita tunggu,
jom tambah amal tingkatkan taubat sebelum tiba masa itu.

Ampuni kami Ya Allah, hamba yang alpa dan terleka.

*coretan hamba di Aidiladha*

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.