Sabar

credit : redz91.deviantart.com



Ahmad mahu ke rumah Ustaz Ibrahim malam ini. Dia mengajak Ismail menemaninya. Ismail bersetuju. Ahmad berjanji akan ke rumah Ismail pada jam lapan malam dan seterusnya bersama-sama ke rumah Ust Ibrahim.
Tepat jam lapan malam Ahmad memberhentikan keretanya di hadapan rumah Ismail. Ismail tidak kelihatan. Cahaya lampu pendarfluor nampak samar-samar dari dalam rumah. Ahmad cuba menghubungi telefon bimbit Ismail namun tidak berjawab. Lima minit berlalu dan dia cuba mendail lagi,tetap tidak berjawab.
Sementara itu di dalam rumah, isteri Ismail terpandang suaminya yang tertidur di atas sejadah. Siti segera mengejutkan suaminya.
Ismail bingkas bangun dan bersiap. Serba salah menyelubungi dirinya. Ahmad telah menanti di luar selama 30 minit.
Usai pertemuan,Ismail memohon maaf atas kesilapannya terhadap Ahmad. Ahmad tersenyum dan memulakan pemanduan.

~ Ini dari kisah benar. Diceritakan semula dengan ayat sendiri. Masih banyak yang perlu diperbaiki.
Moga maksud yang ingin disampaikan dapat difahami. Saya sangat kagum dengan kesabaran pakcik ini. Moga Allah merahmatimu pakcik ~

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.