Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts

MANA BAHAGIA KITA?

Buat insan yang mencari bahagia,

Siapa? Kita lah. Semua nak bahagiakan?

Usah kau mimpikan bahagia andai diri jauh dari Allah Maha Kuasa, kerana Dia Maha Pencipta yang mengurniakan bahagia.

Bahagia itu kurnia dariNya, dapatkan bahagia dengan mendekatkan diri denganNya.

InsyaAllah bahagia kita dunia akhirat.
Moga kita tergolong dalam orang yang soleh.
Amin.

CUCUR KELAPA

Assalamualaikum.

Salam maal hijrah.
Salam tahun baru Hijri.

Hi dear bloggie.
Lama tak post apa-apa di sini.
Post terakhir bulan Februari, lama betul bloggie ditinggalkan, tapi tetap diingati.



Hampir tujuh bulan dibiarkan sepi, tiba-tiba datang di awal tahun 1439H dengan entri resepi.
Saja nak share, buat rujukan sendiri di masa hadapan.
Resepi simple je.



Baru juga masak kuih ni di rumah, cik iman bincang dengan ummi apa nak dibuat dengan kelapa parut yang banyak berbaki dalam peti ais.
Maklum la orang sekarang, kelapa parut beli siap senang nak masak nanti, alih-alih sibuk tak sempat nak masak.
Kelapa parut kalau simpan di tempat ais beku tu memang elok je walaupun lama, tapi nak guna santannya tak berapa lemak masakan pula nanti.



Jadi untuk tidak membazir buang begitu saja kita masak cucur kelapa untuk minum petang.



RESEPI CUCUR KELAPA

Bahan-bahan:
Kelapa parut
Tepung gandum
Garam
Gula perang
Air

Kuantiti terpulang pada anda, cik iman agak-agak je semua.
Gula cik iman guna gula perang, terpulang kalau nak guna gula putih.
Cara cik iman tepung kurang daripada kelapa, terpulang citarasa anda.
Gaulkan semua, adunan jangan cair ye.
Goreng, dan siap untuk dimakan.

Makan begitu saja pun sedap, nak lagi sedap makan dengan sambal ikan bilis.

Makanan

Assalamualaikum.

Macam biasa dah lama tinggalkan blog ini tanpa sebarang coretan.

Singgah kembali untuk sedikit perkongsian juga peringatan, untuk diri sendiri khasnya dan sesiapa yang sudi membaca amnya.

Makanan.
Cik iman memang suka makan, masak pula ikut mood, suka juga kongsi gambar makanan.

Setiap hari kita makan untuk teruskan hidup sehari-hari. Kita cari duit supaya boleh belanja untuk makan. Memang makanan itu keperluan kita, bukan?

Manusia perlu kepada dua jenis makanan, makanan untuk jasmani dan rohani. Yang pertama jarang dilupa, yang kedua ada yang lupa. Kedua-duanya sama penting untuk kita. Kita perlu yang pertama supaya boleh gigih untuk yang kedua.

Adakah kedua-duanya sama cukup kita sedia dan ambil?
Yang pertama kadang-kadang berlebihan, yang kedua selalu kekurangan, ini saya. Anda bagaimana?

Salah satu matlamat yang perlu kita usahakan dari hari ke hari semestinya menambah makanan rohani kita.

Ayuh, beringat dan terus berusaha.

Full Swing (フルスイング)




Even if you come to a standstill
Here is not the end
That's right, again and again throw the die
With a full swing filled with all your hope

When we found a rainbow that didn't fade
We got super excited
I wonder what the me from that day could see?

Rather than brooding over
Those days that will never return
Even if it's just a little, even if it's just a little
Let's pray for tomorrow

If it's so painful and agonizing that tears run down
Sadness is just sadness, it's not the end
More than anyone could imagine
I tightly held on to my emotions

Even if you come to a standstill
Here is not the end
At the end of hesitation face forward
I want to challenge myself
Even a dream on the verge of breaking apart
I believe only in wanting it to come true
That's right, again and again swing the die
With a full swing filled with all your hope

Even in the unforeseeable tomorrow
I'll start running
Even the dripping sweat doesn't bother me

That's right, I won't hand it over to anyone
Towards where my dream cries out
Even if it's just one step, even if it's just one step
I'll try step forward

The frustrating and vexing overflowing feelings
Make this dream and that dream stronger
Look up at the sky one more time and
Hold onto the passion again

Even if you come to a standstill
Here is not the end
At the end of hesitation face forward
I want to challenge myself
Even a dream on the verge of breaking apart
I believe only in wanting to fulfill it
That's right, again and again throw the die
With a full swing filled with all your hope

Even if you come to a standstill
It is not the end of the dream
At the end of wandering, what will I question?
On this journey that's solely mine
If driven into a corner, go forward
Towards the tomorrow meant just for you
Until the very end, throw the die
With a full swing filled with all your hope
With a full swing

"A translation of a japanese song. The lyrics are awesome, a great one for motivation. Credit to aitamashii for the translation."

Sabar

credit : redz91.deviantart.com



Ahmad mahu ke rumah Ustaz Ibrahim malam ini. Dia mengajak Ismail menemaninya. Ismail bersetuju. Ahmad berjanji akan ke rumah Ismail pada jam lapan malam dan seterusnya bersama-sama ke rumah Ust Ibrahim.
Tepat jam lapan malam Ahmad memberhentikan keretanya di hadapan rumah Ismail. Ismail tidak kelihatan. Cahaya lampu pendarfluor nampak samar-samar dari dalam rumah. Ahmad cuba menghubungi telefon bimbit Ismail namun tidak berjawab. Lima minit berlalu dan dia cuba mendail lagi,tetap tidak berjawab.
Sementara itu di dalam rumah, isteri Ismail terpandang suaminya yang tertidur di atas sejadah. Siti segera mengejutkan suaminya.
Ismail bingkas bangun dan bersiap. Serba salah menyelubungi dirinya. Ahmad telah menanti di luar selama 30 minit.
Usai pertemuan,Ismail memohon maaf atas kesilapannya terhadap Ahmad. Ahmad tersenyum dan memulakan pemanduan.

~ Ini dari kisah benar. Diceritakan semula dengan ayat sendiri. Masih banyak yang perlu diperbaiki.
Moga maksud yang ingin disampaikan dapat difahami. Saya sangat kagum dengan kesabaran pakcik ini. Moga Allah merahmatimu pakcik ~

AidilAdha

Alhamdulillah..
Praise be to Allah the Creator for uncountable ni'mah. It has been almost four months since I finished my undergraduate studies.. Alhamdulillah,thank you Allah.. Now waiting for the convocation ceremony,hope everything will be good..

After a long time I've been away from this tiny blog, I want to write something here..

Here we go, a short dialogue reconstructed by me from a real story.. :-)

A : Assalamualaikum.. Nak buat korban tak tahun ni?
B : Waalaikumussalam.. Insyaallah,ni tempat yang sama macam kita buat tahun lepas la kan?
A : Haah..
B : Ni kambing ke lembu?
A : Kambing
B : Berapa bahagian ni?
A : Ni kambing la, jadi satu bahagian je :-)
B : Eh,haha.. Ingat kan boleh kongsi bahagian..
A : Lembu boleh la.. Kambing ni kalau besar macam lembu satu bahagian jugak :-D
B : Oh..hihihi

Nota kaki : Untuk korban,kambing satu bahagian je. Lembu boleh kongsi tujuh bahagian.

Salam AidilAdha.. Jom puasa 9 Zulhijjah bagi yang berkesempatan ;-)

(credit photo zmanja-sweetsmiles.blogspot.com)

Note to Self

Long time no see!
for a long time I didn't get a chance to write or post anything here, oh my, can you be a writer? A long way to walk.
blogger.com have a new look, that's a proof.
Just taking a short time to share this


via Tumblr

p/s : waiting for announcement of exact date for Malaysia's 13th GE

Tutorial (yang berkaitan bahasa Arab) 2

Lama tak menulis.

Di kesempatan lain insyaAllah.

Kali ini mahu berkongsi tutorial ringkas untuk powerpoint. Bagi pelajar-pelajar yang belajar menggunakan bahasa arab, anda pasti mahukan slide anda bermula dari kanan bagi memudahkan pembacaan setelah slides dicetak sebagai nota.

Option ini ada pada Microsoft Office 2010 tetapi tidak pada microsoft office terdahulu.

slide berada di sebelah kiri

pilih option view > pilih view direction > pilih right to left 
slide sudah berada di sebelah kanan

Tutorial (yang berkaitan bahasa Arab)

19 Muharram 1434H / 3 Disember 2012

Minggu-minggu akhir semester, masing-masing berjuang menyiapkan tugasan-tugasan sebelum peperiksaan tiba.

Ini entri perkongsian beberapa tutorial. SI belum punya tutorial sendiri, ini hak cipta orang lain, sekadar berkongsi. Moga bermanfaat.

- Gunakan nombor arabic tanpa insert symbol

-Maktabah Syamilah keluar tulisan pelik? by Muhamad Faiz

-Tidak dapat baca Maktabah Syamilah by Sis Fiza

-Tulisan Arab Windows 7

- Footnote di sebelah kanan by Muhamad Faiz

- Footnote separator di sebelah kanan by Sis Fiza


Satu tutorial untuk powerpoint dari SI sendiri (juga yang berkaitan dengan bahasa Arab) dalam entri akan datang insyaAllah ^_^

***



~ Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah~








^____^

"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius

Kuat dan jayanya suatu umat adalah kerana akhlaknya,

apabila akhlaknya rosak, maka binasalah umat itu

(Al Ghazali)

Allahu Allah..jom perbaiki diri..



Berusaha utk menjadi baik lebih baik walaupun belum jadi baik daripada tiada usaha langsung utk jadi baik -Ust Pahrol-



p/s : Re-election on this upcoming Tuesday.

PilihanRaya

Sedang berlangsungnya kempen bagi pilihanraya kampus di UIAM.

Tarikh mengundi pada 25 September ini.

Turun mengundi, itu tanggungjawab kita.

Alhamdulillah, semester ini memasuki tahun keempat di sini yang mana kalau tidak silap PRK kali ini adalah yang ketiga sebagai pengundi.
Kepada rakan-rakan, dalam apa jua pilihanraya kenalilah calon dan kenalpasti siapa yang patut kita pilih.


SI kongsikan di sini coretan salah seorang calon di kulliyyah SI:

"Bukan Jawatan & Kuasa yang diminta tetapi dengan menentukan dan meletakkan individu-individu yang sepatutnya pada jawatan tersebut, maka kuasa yang ada padanya InsyaAllah mudah-mudahan akan digunakan sebaik mungkin untuk kesejahteraan kita bersama..Sentiasa kita ingat, ketika zaman Nabi SAW hinggalah sekarang, umat Islam sentiasa merancang dan merancang, namun sesekali jangan kita lupa, Allah SWT juga turut merancang..Ketahuilah bahawa Perancangan Allah itulah yang TERBAIK..."
coretan penuh di Sinar Generasi Muda Islam.

- SI bersetuju dengan kenyataan ini, inilah yang terlintas di fikiran ketika mana ada kenalan yang mengatakan mereka yang bertanding ini seakan merebut jawatan dan kuasa

- ada juga yang mengkritik habis-habisan manifesto yang dibawa oleh calon-calon. Kita sebagai pengundi wajar mengemukakan isu-isu yang mahu diambil perhatian, namun berikan cadangan dengan baik tanpa provokasi



Don't forget to cast your vote!

** Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Kfiqh Politik Islam Semasa

Mulakan hari.....

Mulakan hari dengan semangat yang tinggi, diiringi senyuman ceria sambil berdoa agar semuanya baik-baik sahaja ^___^


Sedikit kata-kata buat diri memulakan hari ini :
"Hentikan cakap-cakap mengenai orang lain, koreksi diri ke arah yang lebih baik, banyak lagi yang perlu diperbaiki"

Terima Kasih

SMS diterima di pagi yang hening, seawal jam 4.30am.
Thank you!
Miss u Hujan Sakinah ^_^


"Ramadhan Kareem!
Jika tak sanggup mengharung laut kelelahan, jangan diharap seraut kejayaan.
Kita tidak akan dapat menjangkau rahsia mutiara jika tak berani menyelami samudera.
Berani untuk kalah.
Ingat selalu bahawa kekalahan hakikatnya adalah kemenangan yang ditangguhkan.
Prinsip 3S :
- mulakan dengan diri Sendiri
- mulakan dengan Sedikit-sedikit
- mulakan Sekarang"

Approaching


Ramadhan is approaching. Counting days... May Allah grant us chance to meet the upcoming Ramadhan, once a year..

The Gift of Health

Alhamdulillah, Alhamdulillah and Alhamdulillah.

Thank you Allah for everything,

for my legs and feet,

for my arms, hands and fingers,

for my amazing sense of taste,

for my wonderful sense of smell,

for my precious sense of touch,

for my eyes that enable me to see,

for my hearing,

for my brain and my beautiful mind,

for my organ that working perfectly,

for my strong and healthy heart.

O Allah, thank you for the gift of health.

^_^

1 Jun 2012 / 11 Rejab 1433H



It's Jumuah. May Allah bless us.

"Whatever situation you are in, don't forget to smile".  It's sadaqah, and a very great help to cheer you up : )

Semalam, seorang rakan kongsikan artikel mengenai Akta Keterangan (Pindaan) 2012 berkuatkuasa 1 Jun 2012. Maka, hari ini lah harinya.
Beware my friends on all your activities online.

 ** Exam : Another three papers.
Salam Saiyidul Ayyam. 
"In life what sometimes appears to be the end is really a new beginning" -qouted-

Sollu 'alannabi..



p/s : Jom Al-Kahfi


Nasihat seorang kawan

Secebis pemerhatian, untuk dikongsi.....


Rabu minggu lalu....

Usai kelas tahfiz, SI berjalan pulang ke hostel di belakang tiga sekawan yang juga mungkin baru tamat kelas.

Ada tin minuman kosong terbiar di atas besi penghadang jalan (betul ke tidak nama nya ni?), pantas, salah seorang dari tiga sekawan menolak tin itu, jatuh ke bawah, jatuh di atas laluan pejalan kaki di bawah mungkin.

Rakan yang turut sama berjalan pulang menegur, "Eh, kau tolak ke bawah? Tak baik lah, nanti susah mak cik cleaner nak kutip, patutnya kau ambil dan buang."

Rakannya itu merungut dengan mimik muka bagai tidak puas hati ditegur begitu.

Lantas si rakan membalas, "Eh, janganlah merajuk. Aku bagi nasihat je, benda betul kan."

Lalu SI terpisah dengan tiga sekawan itu dengan hala tuju yang berbeza.

.................................

Allah.. Allah..
Sejuk hati ini. Insan itu menegur rakannnya, mengajak kepada yang baik. Moga Allah merahmatimu saudari. Nasihat yang nampak ringkas, tapi siapa tahu atas nasihat ikhlas itu rakannya itu akan mengamalkannya sehingga akhir hayat.

Jom kawan-kawan, mengajak ke arah yang baik, agar semua jadi baik dan dalam keadaan baik-baik sahaja ^_^.

3 Dalam 1 :)

Tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri ini pada mulanya.
3 dalam 1, mengingatkan SI pada ustaz dari Sudan, Assoc. Prof. Dr. Saad. Beliau suka belajar perkataan-perkataan Bahasa Melayu. 3 dalam 1 ini antara yang sering beliau ungkapkan dalam kelas. Moga Allah merahmati ustaz.

** Alhamdulillah, berkesempatan ke Grand Talk : Syoknya Dakwah bersama Ustaz Syed Norhisyam Bin Tuan Padang.

Antara yang ustaz kongsikan, lain orang lain caranya. Ada yang berdakwah melalui penulisan, melalui video (zaman teknologi), melalui pengucapan dan lain-lain. Tak mengapa kalau sedikit, moga-moga ada share kita bila ada yang terkesan dengan dakwah yang sedikit itu.

Ustaz ulang berkali-kali hadith yang berbunyi :

** Pagi ini, Alhamdulillah berkesempatan juga mendengar Motivasi Pagi di IKIMfm.
Ustaz Jamnul berkongsi kisah Nabi Musa a.s.
Di akhir slot pendek itu, ustaz katakan : untuk mentadbir masa dengan baik jagalah solat kamu kata Rasulullah .

** Salam Saiyyidul Ayyam, Happy Birthday to Ain Najwa. May Allah ease your way :)
Jom tadabbur surah Al-Kahfi. Dr. Radwan Jamal baru berkongsi tentang surah Al Kahfi dalam kelas Tafsir Maudui (Thematic Exegesis). Beliau kongsikan hadith Rasulullah : "Barangsiapa menghafaz 10 ayat awal dari Surah Al kahfi, maka akan lepas dari fitnah dajjal" (sahih Muslim).
Juga hadith yang berbunyi:
SI semak semula hadith ini dalam musnad Ahmad (click gambar untuk besarkan kalau tak jelas)
Allah..Allah..bertambahnya tahun di Taman Ilmu dan Budi ini, bertambahnya rasa untuk terus menuntut di sini.

~Moga-moga bermanfaat untuk semua~
p/s : Jangan lupa potong kuku :)

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.