Nasihat seorang kawan

Secebis pemerhatian, untuk dikongsi.....


Rabu minggu lalu....

Usai kelas tahfiz, SI berjalan pulang ke hostel di belakang tiga sekawan yang juga mungkin baru tamat kelas.

Ada tin minuman kosong terbiar di atas besi penghadang jalan (betul ke tidak nama nya ni?), pantas, salah seorang dari tiga sekawan menolak tin itu, jatuh ke bawah, jatuh di atas laluan pejalan kaki di bawah mungkin.

Rakan yang turut sama berjalan pulang menegur, "Eh, kau tolak ke bawah? Tak baik lah, nanti susah mak cik cleaner nak kutip, patutnya kau ambil dan buang."

Rakannya itu merungut dengan mimik muka bagai tidak puas hati ditegur begitu.

Lantas si rakan membalas, "Eh, janganlah merajuk. Aku bagi nasihat je, benda betul kan."

Lalu SI terpisah dengan tiga sekawan itu dengan hala tuju yang berbeza.

.................................

Allah.. Allah..
Sejuk hati ini. Insan itu menegur rakannnya, mengajak kepada yang baik. Moga Allah merahmatimu saudari. Nasihat yang nampak ringkas, tapi siapa tahu atas nasihat ikhlas itu rakannya itu akan mengamalkannya sehingga akhir hayat.

Jom kawan-kawan, mengajak ke arah yang baik, agar semua jadi baik dan dalam keadaan baik-baik sahaja ^_^.

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.