![]() |
| this picture is from SRC IIUM FB account |
Ringkas
Posted in Random on 6:08 PM by SiNaR iMaNAssalamualaikum...
14jun 2011...
- Apa khabar ? bagaimana hari anda? moga baik semuanya...moga hebat dan cemerlang.. Sama-sama kita manfaatkan masa dengan sebaiknya...
- Sem 3, 2010/2011 semakin hampir ke penghujungnya... Hanya tinggal beberapa hari.. Final exam dijadualkan bermula pada 28 Jun 2011...
Ada juga yang exam awal... Kepada semua rakan-rakan, selamat berjaya diucapkan.. Moga Allah permudahkan kita semua dalam kembara ilmu..
- Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diterima...
- Jika anda diuji, ingatlah! Ada insan lain yang menerima ujian yang lebih besar daripada ujian yang anda lalui...
Ringkas sahaja entri kali ini...
Bertemu di lain waktu..
Bertimbang Rasa
Posted in Random on 5:59 PM by SiNaR iMaNAssalamualaikum....
Apa khabar? Bagaimana hari anda? Baik?
Tak tahu nak tulis apa, sekadar perkongsian..
1)
Di universiti tempat saya menuntut, jalan raya utama hanya sehala, jadi penunggang motosikal selalu menggunakan jalan pintas untuk mudah, mungkin sebab utama adalah untuk jimat petrol (andaian dari saya yang tidak menggunakan motosikal)
Yang kurang menyenangkan adalah mereka menggunakan laluan pejalan kaki. Ini menyukarkan pejalan kaki sehingga pernah berlaku kemalangan, di mana penunggang motosikal melanggar pejalan kaki dan menyebabkan kecederaan kepada mangsa tersebut.
Pada saya, jika anda menggunakan laluan itu pada waktu malam, mungkin boleh dimaafkan, kerana kurangnya pengguna laluan itu pada waktu berkenaan.
2)
Di hostel saya menginap.
Ampaian baju di hadapan bilik. Sangat mudah nak sidai dan angkat pakaian di jemuran.
Tapi,
Hujan buatan akan menyusahkan penghuni di tingkat 4 dan 3. Sekiranya penghuni di tingkat-tingkat atas anda menyidai pakaian tanpa menunggu ' saki baki air terhenti ' dari pakaian yang dah dibasuh. Perkara ini tak akan berlaku jika semua penghuni membasuh segala pakaian menggunakan mesin. Akan tetapi, majoriti penghuni sangat rajin membasuh pakaian sendiri.
Maka, kejadian yang telah diceritakan di atas sering berlaku. Oleh itu, sila ' toskan air basuhan ' sebelum menyidai pakaian anda di ampaian berkenaan.
Bertimbang rasa lah, anda nak mudah, tapi anda menyusahkan orang lain.
Renung-renungkan....
note: bahasa yang digunakan untuk entri kali ini dirasakan pelik...harap maaf..
Peluang
Posted in quotes on 3:20 PM by SiNaR iMaN*
*
*
jika kita ingin mencapai kecemerlangan, kita mesti mencari peluang dalam kerumitan bukan kerumitan dalam peluang....- Heliza Helmi -
UsaHa..... =)
Posted in motivation on 12:25 PM by SiNaR iMaN*
*
*
Jangan disangka semua yang diingini, tiada sebab untuk tidak dimiliki - Ust Hasrizal...
**
Jadi....berusahalah....
Subscribe to:
Posts (Atom)






