SaYaNgI OtAk AnDa...:)

10 TABIAT YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi
-apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,paras gula dalam darah akan menjadi rendah. ini akan mengakibatkan kekurangan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif..

2. Terlebih makan
-ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak..

3. Merokok
-asap rokok akan menyebabkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer..

4. Pengambilan gula berlebihan
-akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. selain itu,ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat..

5. Pencemaran udara
-otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak..

6. Terlebih tidur
-masa tidur yang terlalu panjang akan menyebabkan sel-sel otak mati..

7. Menutup muka ketika tidur
-tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kepada kerosakan otak..

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada dalam keadaan kurang sihat
-bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan membawa kerosakan pada sel-sel otak..

9. Kurang berimaginasi
-berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita,kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun..

10. Jarang berfikir
-jarang berfikir menyebabkan otak kita kurang aktif. oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan dan kecerdasan otak..

p/s: info ini diberi oleh rakan baik saya via email...

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.