--Wanita--

AURAT WANITA
Aishah R.A berkata bahawa Asma’ Binti Abu Bakar pernah masuk ke rumah Nabi SAW dengan berpakaian tipis, kemudian Nabi memalingkan mukanya sambil berkata ; “ Hai Asma’ ! Sesungguhnya perempuan apabila sudah datang waktu haidnya (sudah baligh) tidak patut dinampakkan badannya, kecuali ini dan ini – sambil menunjukkan muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
HIJAB
Hijab ertinya tabir, tirai atau dinding dan digunakan juga dengan ertikata perselindungan wanita di dalam Islam daripada pandangan lelaki ajnabi, yakni yang bukan mahram. Rasulullah SAW telah menerangkan bahawa wanita ialah aurat yang mesti diselindungkan.
Sebagaimana yang sesuai dengan fitrahnya, peranan wanita yang asasi ialah sebagai ibu, pembantu bagi suaminya dan pengasuh serta pendidik bagi anak-anaknya. Lapangan kegiatannya yang terpenting ialah di dalam lingkungan rumahtangga. Dia menolong memperkukuhkan sistem keluarga, sedangkan keluarga itu pula menjadi tapak atau asas bagi masyarakat atau peradaban. Hanya apabila ada hajat atau keperluan dari segi syar’ie sahaja, ia diharuskan keluar rumah, tetapi dengan menjaga peraturan-peraturan dan syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh Allah di dalam syariatNya.
Wanita-wanita Islam memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya daripada lelaki, tetapi banyak di dalam perselindungan. Dengan ini, kemuliaan dan kehormatan mereka terpelihara, lelaki pun terselamat daripada fitnah mereka, yakni terselamat daripada tergoda. Maka kesucian hidup pun dapat dipelihara di dalam masyarakat.
Allah berfirman Surah Annur 30
maksudnya :
30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.
Allah berfirman: Surah Annur 31
mafhumnya :
31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
Ayat di atas ini juga melarang wanita-wanita beriman daripada mendedahkan aurat atau perhiasan mereka (sama ada bentuk tubuh atau barang-barang perhiasan yang dipakai seperti gelang) di hadapan orang yang tidak dibolehkan memandang aurat atau hiasan mereka. Aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Perempuan yang beriman dilarang memukul kaki agar diketahui periasan yang mereka sembunyikan, seperti gelang kaki. Para ulama fiqh juga telah menarik kesimpulan secara qiyas bahawa jikalaulah dilarang wanita beriman daripada berbuat demikian, maka suara wanita itu lebih-lebih lagi mendatangkan fitnah kepada lelaki ajnabi daripada bunyi gelang kaki. Pengaruh suara perempuan ke atas hati lelaki memang diakui juga oleh ahli-ahli psikologi moden. Oleh itu, apabila ada keperluan maka janganlah mereka bertutur kepada lelaki ajnabi itu dengan melunakkan suara agar tiada tergoda lelaki yang di dalam hatinya ada penyakit.
Firman Allah SWT : Surah Al Ahzab 32
mafhumnya :
u 32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan).

Sifat-sifat pakaian wanita islam
1. ** Menutup aurat dan perhiasan seperti yang dikehendaki Syara’.
2. ** Pakaian itu janganlah sempi atau ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh
3. ** Pakaian itu tidak terlalu nipis
4. ** Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki
5. ** Pakaian itu tidak menyerupai pakaian wanita kafir atau musyrik
6. **Pakaian itu bukan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk
7. ** Pakaian itu tidak menarik perhatian
Hukum aurat dan hijab ini ialah untuk memelihara kehormatan, kesucian, dan kemuliaan orang-orang yang beriman, lebih-lebih lagi kaum wanita.
p/s : sedikit perkongsian daripada artikel yang sy dapat..

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.