Berharap padaNya

Lama tak menulis. Sebelum ini sekadar tulis kata-kata je. Yang pendek-pendek. Tapi, harap-harap bermanfaat untuk kita semua.




Kali ini nak menulis tentang peperiksaan. Bila sebut peperiksaan, mestilah yang kita lalui di sekolah, universiti atau mana-mana pusat pengajian. Kat tempat kerja pun ada exam juga.


Sem 3, 2010/2011 dah seminggu berlalu. Hari terakhir 4 Julai..


Dari sekolah sampai sekarang, dah macam-macam jenis peperiksaan dilalui. Bila nak exam mesti nervous. Kalau kat sekolah dulu, exam yang buat jadi nervous ni,exam-exam besar mcm PMR, SPM, STAM (ni yang dilalui oleh penulis). Kalau setakat exam pertengahan tahun, exam akhir tahun dan ujian-ujian biasa tu tak ada la nervous sgt.. Boleh relax je.. =)


Itu zaman sekolah. Bila dah masuk U ni, even test-test biasa pun nervous nye kuat, mana tak nye, semua markah diambil kira.. Sangat nervous, tapi kawan-kawan cakap muka ni sangat tenang dan relax,macam tak ada exam. Itu mungkin dari segi luaran, dalam hati hanya ALLAH je yang tau.


Memang berbeza dulu dan sekarang.. Lain orang lain rasanya, lain pengalamannya.


Apa yang nak dinyatakan di sini, apa-apa pun kita kena buat persediaan, usaha, doa, tawakal. Tiada yang lain selain DIA untuk kita mohon pertolongan, hanya padaNya kita berharap, DIA lah yang PENCIPTA kita, yang memberi nikmat yang tak terkira dan tak mampu dibayar oleh sesiapa.


Kat sini saya kongsikan SURAH AL FATIHAH serta terjemahan untuk manfaat bersama..






Kepada rakan-rakan yang sedang menanti result exam yang lalu seperti penulis, moga ALLAH kurniakan kita kejayaan. Hanya kepadaNya kita berharap. 


Kepada yang sedang atau akan menempuh exam di mana-mana sahaja anda berada, moga ALLAH permudahkan.. 




Teruskan belajar, sehingga ke akhir hayat. May ALLAH ease everything for us...

1 comments:

nur_mawaddah said...
July 10, 2011 at 11:27 PM

assamualaikum..btoi3 kak imani..kt cni pon bukn setakat exam nervous tp tasjil madah pon nervous,tergetar2 tgn..debar jgn ckp la 2jam seblum tu dh rase..hehe..ape2pon bitaufiq exam..mida esok exam syair abasi 1..otak tgh tergeliat nk fhmkn syair ni..tawakkal tu sebenarnya sgt pentg..yg dilihat bukn sejauh mane usaha kita tp sejauh mne tawakkal kita,pergantungn kpdNya..tp xbermakna xperlu b'usaha..usaha kita sbb Allah nk bg pahala free kt kita..usaha semampunya,selagi ada masa..dpt + pahala..=)belajarlah,ia memuliaknmu..tekunilah,ia memberitahu ttg penciptamu..bersungguhlah,krn diakhirnya ilmu cuma utk mengabdikan hamba kpd Tuhannya..(pesann utk dri sendri gk)..doakn mida ye =)

Leave a Comment

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.