10 Wasiat sebagai bekalan


Hari Jumaat. Mendapat berita pemergian seorang pelajar UIA pagi tadi. Takziah diucapkan pada keluarga beliau. إن لله وإن إليه راجعون

Hari ini hari dia. Hari kita tak tahu bila. Hanya Allah yang tahu, yang pasti hari kita akan tiba.

Di hari yang mulia ini, suka untuk SI kongsikan sedikit dari apa yang dikongsikan oleh kakak usrah SI. Moga bermanfaat. Kita manusia ni perlu sentiasa diingatkan. Jom Muhasabah!!!

10 Wasiat sebagai bekalan. 
** secara ringkas je ni


Antara pesanan terakhir Asy-Syahid Hassan Al-Banna sebelum beliau syahid, beliau mewasiatkan.." Bacalah...Renunglah...Kemudian terus beramal...!

1. Segerakan solat, selepas mendengar azan.
2. Baca Al-Quran , baca buku, hadiri majlis-majlis ilmu,amalkan zikrullah,jangan buang masa dengan perkara tak berfaedah
3. Kuasai bahasa arab yang betul
4. Jangan banyak bertengkar
5. Jangan banyak ketawa
6. Jangan banyak bergurau
7. Jangan bercakap dengan suara yang nyaring
8. Jauhi dari mengumpat peribadi, mengecam pertubuhan-pertubuhan lain
9. Berkenal-kenalan sesama Muslim
10. Kewajipan lebih banyak daripada masa, bantulah saudaramu dalam melakukan tugasan.

p/s : = PMUS UNISZA datang esok
       = PROTAZ Festival 4 days to go

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.