Back to Him

Alhamdulillah, Alhamdulillah and Alhamdulillah. Thank you Allah for all precious and uncountable gifts.


Semalam, seorang rakan menyampaikan khabar pemergian rakannya. Lantas, SI teringat pemergian seorang rakan pada awal tahun 2012. Sungguh SI tidak ingat tarikh pemergiannya, rasanya sekitar pertengahan Februari lalu. Berita itu hanya diketahui beberapi hari selepas pemergiannya dari group laman sosial FB yang pada ketika itu jarang SI lawati. Terkejut saat mengetahuinya dan terus berdoa untuk beliau. Sangat terkejut! Rasanya dialah rakan pertama SI yang telah mendahului menghadapNya. Moga-moga tergolong dalam kalangan orang-orang beriman. Ameen.

Sedikit perkongsian. SI tidak mahu menulis lanjut tentang dia, sebak..cukuplah kita yang masih hidup ini sentiasa mendoakan.


***


Berita-berita ini membuatkan kita berfikir, hari ini hari mereka, hari kita pasti akan tiba jua.
Death is certain, only He knows when. 
Selagi diri diberi ruang dan peluang oleh Yang Esa untuk menikmati segala pemberianNya, terus-terusanlah kita untuk mengabdikan diri padaNya. Bersyukur dengan segala nikmat yang tidak terkira. Berbakti pada kedua ibubapa.

***

maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan 



0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.