Sekali Lagi

Salam Jumaat! 16 Muharram 1434H,




subhanallah, dah dua malam bulan penuh
 Alhamdulillah, diberi kesempatan memanfaatkan pagi Jumaat ini dengan menghadiri meeting seawal jam 9 pagi. Satu perbincangan yang mengasah pemikiran, membuatkan diri untuk terus berfikir serta membawa diri untuk bertindak, bukan sekadar melihat.

Teringat kembali pesan seorang ustaz, didik diri untuk berfikir, jangan biarkan diri berfikir perkara remeh, hanya berfikir apakah baju pilihan yang ingin dipakai esok, warna apa yang menjadi pilihan, makanan apa yang sedap untuk lunch nanti, cafe mana lagi yang belum singgah dan sebagainya.

Allahuakbar. syukur tak terhingga berada di Taman Ilmu dan Budi, menjalani waktu-waktu terakhir as an undergaduate student.

Setiap insan sukakan kebaikan, mahukan yang terbaik, impikan untuk jadi yang terbaik. Ada niat alhamdulillah, tambahkan lagi dengan tindakan. Kadang-kadang terleka, kadang-kadang tersasar tapi jangan biarkan terus hanyut.


You can make a change, it's your choice!

Ya Allah kami mohon keampunan dariMu.


p/s : tajuk hanya melahirkan rasa, coretan SI sekali lagi terlalu random, coretan biasa-biasa dari insan biasa yang ada secebis minat untuk penulisan.


0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.