Sekali Lagi

Salam Jumaat! 16 Muharram 1434H,




subhanallah, dah dua malam bulan penuh
 Alhamdulillah, diberi kesempatan memanfaatkan pagi Jumaat ini dengan menghadiri meeting seawal jam 9 pagi. Satu perbincangan yang mengasah pemikiran, membuatkan diri untuk terus berfikir serta membawa diri untuk bertindak, bukan sekadar melihat.

Teringat kembali pesan seorang ustaz, didik diri untuk berfikir, jangan biarkan diri berfikir perkara remeh, hanya berfikir apakah baju pilihan yang ingin dipakai esok, warna apa yang menjadi pilihan, makanan apa yang sedap untuk lunch nanti, cafe mana lagi yang belum singgah dan sebagainya.

Allahuakbar. syukur tak terhingga berada di Taman Ilmu dan Budi, menjalani waktu-waktu terakhir as an undergaduate student.

Setiap insan sukakan kebaikan, mahukan yang terbaik, impikan untuk jadi yang terbaik. Ada niat alhamdulillah, tambahkan lagi dengan tindakan. Kadang-kadang terleka, kadang-kadang tersasar tapi jangan biarkan terus hanyut.


You can make a change, it's your choice!

Ya Allah kami mohon keampunan dariMu.


p/s : tajuk hanya melahirkan rasa, coretan SI sekali lagi terlalu random, coretan biasa-biasa dari insan biasa yang ada secebis minat untuk penulisan.


^____^

"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius

1434H

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah 'ala kulli hal wa ni'mah.

Lama rasanya tidak menulis di sini. Pantas sungguh masa bergerak, andai tidak berlari kita ketinggalan. Rugi.

Tanggal 1 Muharram. SI masih dalam pembacaan buku Prof Muhd Kamil "Bersyukur Saat Diuji". Melewati laman KOSMO!Online terjumpa kisah beliau : Impian Menetap Di Madinah Tercapai .

Ada orang tanya, "kenapa suka baca travelog?". Terdiam menyusun kata mencari jawapan. Jawapannya kemudian ditemui dari buku "Bersyukur Saat Diuji".

Di sebalik tabir kehidupan insan-insan lain terdapat peringatan, terguran dan didikan daripada Allah agar kita sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi hambaNya yang terbaik
-komentar salah seorang pembaca draf asal buku "Bersyukur Saat Diuji"-


Hari ini 5 Muharram 1434H, sudah lima hari memasuki tahun baru. Lama rasanya bercuti. Tahun baru orang tanya azam baru. Ummi pesan azam baru jangan tunggu tahun baru, azam itu kena bina selalu.

Kita manusia tak lari dari kesilapan, setelah sedar akan satu kesilapan diri terus azam untuk tidak mengulanginya. Usaha ke arah kebaikan.

belum terlambat lagi rasanya :)
source : Spirituality & Islamization Secretariat, SRC IIUM

Ujian datang dan pergi. Kebiasaannya, ujian itu dianggap yang susah, sakit, musibah, sedangkan yang baik dan bagus itu juga ujian buat kita, ujian keimanan pada Allah yang Esa.

Pesan seorang ustaz, tawakkal itu sangat penting, kebergantungan pada Allah kena tinggi.



My dear brothers and sisters, please recite this dua' everyday. Its good if you could memorize :)



source : Spirituality & Islamization Secretariat, SRC IIUM

Doa kena berterusan. Kata seorang kawan, jangan bermusim ^_^



** bercampur baur coretan kali ini >.<


Jom Koreksi Diri #5

" Bosannya..tak tahu nak buat ape..."

Allahu Allah...

Sama-sama kita elakkan diri dari mengungkapkan ayat ini walau terdetik sahaja barangkali...

Mana mungkin tiada suatu apa pun yang boleh kita lakukan untuk mengisi setiap detik waktu kurniaan Allah..

Penuhi waktu kita dengan bijak ^__^


Kuat dan jayanya suatu umat adalah kerana akhlaknya,

apabila akhlaknya rosak, maka binasalah umat itu

(Al Ghazali)

Allahu Allah..jom perbaiki diri..



Berusaha utk menjadi baik lebih baik walaupun belum jadi baik daripada tiada usaha langsung utk jadi baik -Ust Pahrol-



p/s : Re-election on this upcoming Tuesday.

PilihanRaya

Sedang berlangsungnya kempen bagi pilihanraya kampus di UIAM.

Tarikh mengundi pada 25 September ini.

Turun mengundi, itu tanggungjawab kita.

Alhamdulillah, semester ini memasuki tahun keempat di sini yang mana kalau tidak silap PRK kali ini adalah yang ketiga sebagai pengundi.
Kepada rakan-rakan, dalam apa jua pilihanraya kenalilah calon dan kenalpasti siapa yang patut kita pilih.


SI kongsikan di sini coretan salah seorang calon di kulliyyah SI:

"Bukan Jawatan & Kuasa yang diminta tetapi dengan menentukan dan meletakkan individu-individu yang sepatutnya pada jawatan tersebut, maka kuasa yang ada padanya InsyaAllah mudah-mudahan akan digunakan sebaik mungkin untuk kesejahteraan kita bersama..Sentiasa kita ingat, ketika zaman Nabi SAW hinggalah sekarang, umat Islam sentiasa merancang dan merancang, namun sesekali jangan kita lupa, Allah SWT juga turut merancang..Ketahuilah bahawa Perancangan Allah itulah yang TERBAIK..."
coretan penuh di Sinar Generasi Muda Islam.

- SI bersetuju dengan kenyataan ini, inilah yang terlintas di fikiran ketika mana ada kenalan yang mengatakan mereka yang bertanding ini seakan merebut jawatan dan kuasa

- ada juga yang mengkritik habis-habisan manifesto yang dibawa oleh calon-calon. Kita sebagai pengundi wajar mengemukakan isu-isu yang mahu diambil perhatian, namun berikan cadangan dengan baik tanpa provokasi



Don't forget to cast your vote!

** Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Kfiqh Politik Islam Semasa

Mulakan hari.....

Mulakan hari dengan semangat yang tinggi, diiringi senyuman ceria sambil berdoa agar semuanya baik-baik sahaja ^___^


Sedikit kata-kata buat diri memulakan hari ini :
"Hentikan cakap-cakap mengenai orang lain, koreksi diri ke arah yang lebih baik, banyak lagi yang perlu diperbaiki"

Back to Home Back to Top ~ SiNaR iMaN ~. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.